Hell Yeah Pointer 4

Jumaat, 10 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 16

IMAN TANPA SYIRIK

1. Arkanul Iman yang pertama ialah beriman secara mutlak kepada Allah SWT. Selain Allah, semuanya adalah makhluk. 

2. Kalau bercampur iman kepada Allah dan makhluk dinamakan syirik. Apabila syirik, amalan ditolak dan dijanjikan tempat di neraka Allah.

3. Sekecil amalan, contohnya doa makan : "Berkatilah makanan yang kami makan.......... dan jauhilah kami dari azab api neraka." Mengapa disebut azab neraka?

4. Ini kerana jika kita yakin yang mengenyangkan adalah makanan tersebut, bukannya Allah, maka sudah ada unsur syirik.

5. Oleh itu, hindarilah syirik dengan meyakini semua perkara menjadi asbab sahaja, semuanya datang dari Allah SWT.

Afis Khaimi : 16 Sya'ban 1441 H b/s
10 April 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan