SOALAN :
Sah atau tidak sembahyang kita kalau selepas salam baru sedar ada darah nyamuk pada baju kita?
JAWAPAN :
Jika dimaksudkan dengan darah nyamuk disini ialah darah yang ada pada seekor nyamuk yang terpenyet lalu mengeluarkan darah kena pada pakaian kita maka ada perselisihan ulamak padanya yaitu setengah ulamak memberi pandangan dengan dimaafkannya kerana sedikit sangat dan bukan disengaja manakala setangah ulamak mengatakan tidak bolih dibawa kedalam sembahyang melainkan dengan disucikan dulu pakaian tersebut.
Berkata Syeikh Muhammad Syatha Ad-Dimyati :
وَاخْتَلَفَ فِيْمَا لَوْ لَبِسَ ثَوْبًا فِيْهِ دَمُ بَرَاغِيْثَ وَبَدَنُهُ رَطْبٌ فَقَالَ الْمُتَوَالِيُّ يَجُوْزُ وَقَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ عَلِيٍّ لاَ يَجُوْزُ
Artinya : “Dan telah berkhilaf olih fuqahak pada masalah jikalau kena atas pakaian darah nyamuk dan badannya basah maka berkata Syeikh Mutawali dengan harusnya dan berkata Syeikh Abu Ali tidak harus ia.” (Kitab Ianat At-Talibin)
Kesimpulan
Jika sedikit darah nyamuk itu pada pakaiannya dan badan kita tidak basah yang menyebabkan darah itu merebak dan bukan disengajakan maka hukumnya dimaaf sebagaimana dimaafkan najis yang lain jika sedikit.
Jik banyaak yakni nampak jelas darah itu kemerahan pada pakaiannya maka tidak dimaaf hendaklah dibersihkan dulu pakaian tersebut sebelum dipakai di dalam sembahyang kerana itu dikira banyak.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan