Hell Yeah Pointer 4

Sabtu, 25 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 32

PUASA UMAT TERDAHULU

1. Firman Allah SWT: "Wahai orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang difardhukan kepada mereka yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)

2. Ibadat puasa bukanlah amalan baru, ianya disyariatkan pada semua agama langit (Kristian dan Yahudi), agama budaya (Hindu dan Buddha) dan untuk kesihatan.

3. Nabi Adam AS dan Hawa adalah manusia pertama berpuasa dengan tujuan membersihkan diri daripada keterlanjuran melanggar larangan Allah SWT.

4. Al Hadith menyebutkan: "Puasa yang amat dikasihi oleh Allah adalah puasa Nabi Daud AS yang berpuasa sehari dan berbuka sehari." Ia menjadi amalan sunat yang dianjurkan kepada umat Islam.

5. Namun begitu, puasa Ramadhan hanya difardhukan kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja, yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah SWT.

Afis Khaimi : Ahad, 3 Ramadhan 1441 = 26 April 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan