BILA BERMULA 1 RAMADHAN?
1. Bulan-bulan dalam tahun Hijrah dikira berdasarkan pusingan bulan mengelilingi bumi. Tahun Masihi pula berdasarkan pusingan bumi mengelilingi matahari.
2. Nama bulan seperti Muharram, Safar sehinggalah kepada Zulkaedah dan Zulhijjah sudah wujud sebelum kedatangan Islam lagi, manakala tahun pula bermula dengan peristiwa Hijratul Rasul SAW.
3. Mengikut takwin Hijrah, permulaan hari baru bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, manakala akhir hari tersebut ialah sebaik sahaja tamat waktu Asar.
4. Kebiasaannya malam pertama Ramadhan ialah Maghrib hari melihat anak bulan. Sepatutnya amalan-amalan khusus bulan Ramadhan bermula pada waktu ini.
5. Oleh itu, janganlah kita terlepas solat tarawih, tadarus dan pelbagai amalan lain pada permulaannya. Baik dipermulaan, Insyaa Allah sempurna diakhirnya.
Afis Khaimi : Jumaat, 24.4.2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan