PUASA DAN BULAN
1. Firman Allah SWT: ".... Sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu." (Al Baqarah : 185)
2. Kalau solat dikira berdasarkan pergerakan matahari, manakala puasa pula dikira melalui peredaran bulan mengelilingi bumi.
3. Bermula 1 haribulan dengan melihat anak bulan Ramadhan atau kiraan falak dan disempurnakan dengan melihat anak bulan Syawal. Cukup sebulan ialah samada 29 atau 30 hari.
4. Waktu berbuka dan imsak pula berpandukan pergerakan matahari iaitu mengikut waktu solat Maghrib dan Subuh.
5. Marilah menjelang munculnya Ramadhan tahun ini, kita berazam melipatgandakan amalan wajib dan sunat secara berterusan.
Afis Khaimi : Rabu, 28.8.1441 = 22.4.2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan