Hell Yeah Pointer 4

Isnin, 20 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 27


SABAR MENGHADAPI MUSIBAH

1. Firman Allah SWT: "Kami pasti menguji kamu sekalian dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan hasil tanaman." (Al Baqarah : 155)

2. Diantara tanda iman seseorang ialah  adanya ujian atau musibah. Jika dibanding tempoh masa ujian biasanya sedikit sahaja. Nabi Ayub diuji sakit 18 tahun, masih merasa sedikit berbanding masa sihat yang lebih lama daripada itu.

3. "Mereka itu apabila tertimpa musibah, akan selalu berkata: (Innalillahi wainna ilaihirojiun) Kami ini milik Allah dan hanya kepada-Nya jua kami akan kembali." (Al Baqarah : 156)

4. Bersabarlah kita dengan pelbagai bentuk ujian yang mendatang. "Sampaikan khabar gembira kepada mereka yang sabar menghadapinya." (Al Baqarah : 155)

5. "Mereka itulah orang yang berbahagia, menerima keberkatan dari Tuhan mereka, rahmat dan mereka itulah sebenarnya mendapat petunjuk." (Al Baqarah : 157)

Afis Khaimi : Selasa, 27.8.1441 = 21.4.2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan