Hell Yeah Pointer 4

Rabu, 15 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 22

MULAKAN DENGAN BISMILLAH

1. Bismillah, "Dengan nama Allah." 
Maksud sabda Junjungan SAW: "Setiap pekerjaan baik hendaklah dimulai dengannya."

2. Selain itu, setiap pekerjaan baik hendaklah didahulukan yang kanan. Sebaliknya yang kurang baik dengan yang kiri.

3. Dalam perjawatan di sekolah, ada pelbagai jawatan penolong kanan tetapi tidak ada penolong kiri. 🤔

4. Selain itu, rasanya tidak ada yang mencucuh api rokok dengan Bismillah. 😊. Wallahu a'lam.

5. Marilah kita sama merenungnya dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ini.

Afis Khaimi : Khamis, 22.8.1441 = 16.4.2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan