Hell Yeah Pointer 4

Isnin, 13 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 20

HABLUM MINALLAH DAN HABLUM MINANNAS.

1. Hablum minaLlah yakni hubungan manusia dengan Allah dengan maksud manusia sebagai hambaNya.

2. Hablum minannas dengan maksud hubungan manusia dengan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

3. Rangkaian ini tidak boleh dipisahkan antara keduanya, vertikal dan horizontal.

4. Solat dimulakan dengan takbir, Allahu Akbar bermakna bermula proses mengecas 'bateri' iman kita di hadapan Allah SWT.

5. Akhir solat, memberi salam ke kanan dan kiri, sebagai tanda permulaan penggunaan 'bateri' iman kepada manusia di atas tugas khalifah Allah di muka bumi ini.

Afis Khaimi : Selasa, 20 Sya'ban 1441 H
b/s 14 April 2020 M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan