Hell Yeah Pointer 4

Jumaat, 10 April 2020

TAZKIRAH SATU MINIT : SIRI 17

ALLAH DAN MALAIKAT

1. Allah. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Tiada permulaan bagi awalnya, tiada penghujung bagi akhirnya.

2. Semua makhluk diciptakan oleh Allah, ada tempoh masa mengikut ketentuan Allah Yang Maha Agung.

3. Allah menciptakan malaikat daripada cahaya bagi menjaga seluruh isi alam ciptaanNya. Bilangan malaikat hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

4. Malaikat laksana pegawai2 yang mengurustadbir kerajaan Allah SWT. 10 yang disebut dalam arkanul iman adalah laksana Menteri dalam sebuah kerajaan yang maha besar.

5. Justeru, beriman kepada makhluk ghaib yakni malaikat menjadi syarat sah iman setiap insan.

Afis Khaimi : 17 Sya'ban 1441 H 
b/s 11 April 2020 M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan