KITAB PUASA
Terjemahan ringkas dari kitab Al-Bayan Fi Fiqhi Mazhab Al-Imam As-Syafie al-Imam Abu Husain Yahya bin Abu al-Khair Salim al-‘Imrani al-Yamani as-Syafie
SYARAT WAJIB PUASA
Orang yang terkena kewajipan puasa Ramadhan itu ialah sekelian orang Islam yang sudah baligh dan beraqal dan suci dan ada kemampuan dan bermukim.
ORANG KAFIR
Ada pun orang kafir itu jika kafir yang asli maka tiada khilaf dikalangan ulamak bahawasanya tiada sah puasa daripadanya ketika kafirnya itu. Dan tiada khilaf juga tiada wajib atasnya qadha apabila masuk ia ke dalam agama Islam.
Dan ada pun kafir murtad maka tiada sah puasa ketika murtadnya itu akan tetapi berdosa ia dengan sebab meninggalkannya dan apabila kembali ia kepada agama Islam maka wajib atasnya qadha kerana telah wajib puasa tersebut atas dirinya dan tidak tertanggal kewajipan itu dengan sebab murtadnya.
KANAK-KANAK
Dan ada pun kanak-kanak maka tidak wajib puasa atasnya kerana sabda Nabi saw :
رفع القلم عن ثلاثة: عن الصبي حتى يبلغ، وعن النائم حتى يستيقظ، وعن المجنون حتى يفيق
Artinya : “Tidak ditulis dosa dan pahala dari tiga golongan yaitu dari kanak-kanak hingga dia baligh dan dari orang yang tidur hingga dia terjaga dan dari orang gila hingga dia siuman.”
Dan puasa itu adalah ibadah yang banggsa tubuh badan maka tidak wajib ia atas kanak-kanak sebagaimana solat.
Maka apabila sampailah kanak-kanak itu peringkat mumayyiz dan mampu ia mengerjakan puasa maka wajiblah atas penjaganya menyuruhnya mengerjakan iabdah puasa.
Dan apabila hampirlah kanak-kanak itu kepada baligh nescaya harus atas penjaganya memukul kanak-kanak itu apabila dia meninggalkan berpuasa.
Dan apabila kanak-kanak itu sudah baligh nescaya tidak wajib atasnya qadha puasa yang ditinggalkan dizaman kanak-kanak dulu. Ini adalah kerana zaman kanak-kanak itu panjang maka jika diwajibkan atasnya qadha pasti akan menyusahkan dan menyempitkan kanak-kanak tersebut.
ORANG GILA
Dan ada pun orang gila maka tidak wajib atasnya mengerjakan puasa dalam keadaan gilanya itu kerana hadith yang telah lalu.
Maka jika dia siuman selepas habis bulan Ramadhan nescaya tidak wajib atasnya qadha apa yang telah dia tinggalkan dalam masa gilanya dulu.
Berkata Imam Malik dan salah satu dari riwayat Imam Ahmad wajib atasnya qadha. Telah dihikayatkan yang demikian itu juga dari Abi Al-‘Abbas dan Ibnu Suraij. Dan kata setengahnya bahawasanya itu bukan dari perkataan Abi Al-‘Abbas .
WAJIB MENAHAN DIRI ATAU TIDAK
Jikalau orang kafir masuk Islam pada siang hari Ramadhan maka disunatkan baginya menahan diri (tidak makan dan minum) apa yang tinggal dari siang itu kerana menghurmati waktu tetapi tidak wajib ia menahan diri itu kerana dia tidak berpuasa itu adalah sebab uzur.
Tetapi adakah wajib atasnya qadha hari tersebut?
Menurut pendapat yang dinaskan tidak wajib atasnya qadha puasa hari tersebut kerana hadith Nabi saw :
الإسلام يَجُب ما كان قبله والتوبة تَجُب ما كان قبلها
Artinya : “Bermula Islam itu menghapuskan dosa yang sebelumnya dan taubat itu menghapuskan dosa yang selepasnya.”
Dan kerana dia tidak mendapat kesempatan dari waktu yang memungkinkan padanya melakukan ibadah puasa sama seperti seorang yang mendapat hanya kadar serakaat dari solat lalu gila menjadi gila.
Dan pendapat yang kedua wajib atasnya qadha. Ialah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq dan Al-Majasyun dari ulamak Maliki.
Dan jika orang gila siuman pada siang hari Ramadhan nescaya tidak wajib atasnya menahan diri pada yang tinggal dari siang hari itu.
Adakah wajib atasnya qadha?
Ada dua wajah pada masalah ini seperti dalam masalah orang kafir masuk Islam.
Pendapat yang dinaskan tiada wajib atasnya qadha dan pendapat Abu Hanifah dan At-Tsauri wajib atasnya qadha.
Dalil tidak wajib atasnya qadha ialah hadith tiga golongan yang tidak ditulis atasnya dosa dan pahala yang telah tersebut.
Dan dari kerana gila itu jikalau kekal sekelian bulan nescaya gugur qadhanya dan begitulah juga jika kekal sebahagian hari.
Dan jikalau kanak-kanak jadi baligh pada pertengahan bulan Ramadhan maka jika baligh ia pada waktu malam nescaya wajib dia kerjakan puasa pada hari-hari yang berbaki kesokkannya.
Dan jika baligh ia pada siang hari Ramadhan dan dia tidak berpuasa dari awal hari nescaya tidak wajib ia menahan diri apa yang tinggal dari siang hari itu. Akan tetapi disunatkan baginya menahan diri.
Masalah wajib qadha atau tidak adalah bersamaan dua wajah sebagaimana masalah orang kafir masuk Islam dan orang gila jadi siuman.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Bersambung..
………………………………………………………………
teks asal untuk rujukan :
البيان في مذهب الإمام الشافعي
[مسألة: شروط وجوب الصوم]
] : ويتحتم وجوب الصوم على كل مسلم بالغ عاقل طاهرٍ قادر مقيم.
فأما الكافر: فإن كان أصليا.. فلا خلاف أنه لا يصح منه في حال كفره، ولا خلاف أنه لا يجب عليه القضاء بعد الإسلام، وهل هو مخاطب به في حال كفره، ويأثم بتركه؟ فيه وجهان لأصحابنا، مضى ذكرهما.
وإن كان مرتدًا.. فلا يصح منه في حال الردة، ولكنه يأثم بتركه، وإذا أسلم.. وجب عليه قضاؤه؛ لأنه قد التزم ذلك بالإسلام، فلم يسقط بالردة.
وأما الصبي: فلا يجب عليه؛ لقوله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «رفع القلم عن ثلاثة: عن الصبي حتى يبلغ، وعن النائم حتى يستيقظ، وعن المجنون حتى يفيق» ولأنه عبادة بدنية،
فلم يجب على الصبي كالصلاة، ولا تدخل عليه العدة، فإنها تجب على الصغيرة؛ لأنها ليست من أفعال البدن، وإنما هي مرور الزمان، فإذا بلغ الصبي حد التمييز، وكان يطيق الصوم وجب على الولي أن يأمره بفعله، فإذا قارب البلوغ.. كان له أن يضربه إذا لم يصم، كما قلنا: في الصلاة، فإذا بلغ.. لم يجب عليه قضاء ما تركه في حال الصغر؛ لأن زمان الصغر يطول، فلو أُو لزم بقضائه.. شق وضاق.
وأما المجنون: فلا يجب عليه فعله في حال جنونه؛ للخبر، فإن أفاق بعد مضي رمضان.. لم يجب عليه قضاء ما فاته في حال الجنون.
وقال مالك، وأحمد رحمة الله عليهما في أحد الروايتين: (يجب عليه قضاؤه) وحكي ذلك عن أبي العباس ابن سريج.
وقيل: لا يصح ذلك عن أبي العباس.
دليلنا: أنه صوم فات في حال يسقط فيه التكليف؛ لنقص، فلم يجب قضاؤه، كما لو فات في حال الصغر.
فقولنا: (لنقص) احتراز من الصوم الفائت في المرض. وإن زال عقله بالإغماء.. لم يجب عليه قضاؤه في الحال؛ لأنه لا يصح منه، وإن أفاق.. وجب عليه القضاء؛ لأن الإغماء ليس بنقص، ولهذا يجوز على الأنبياء، فهو كالمرض. والجنون نقص، ولهذا لا يجوز على الأنبياء، فشابه الصغر والكفر.
وإن أسلم الكافر في أثناء نهار رمضان.. استحب له إمساك بقية النهار؛ لحرمة الوقت، ولا يجب عليه؛ لأنه أفطر بعذر، وهل يجب عليه قضاء هذا النهار؟ فيه وجهان:
أحدهما - وهو المنصوص -: (أنه لا يجب عليه) ؛ لقوله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «الإسلام يجب ما قبله» ، ولأنه لم يدرك من الوقت ما يتمكن فيه من فعل الصوم، فهو كمن أدرك من الوقت قدر ركعة، ثم جن.
و [الثاني] : من أصحابنا من قال: يلزمه قضاؤه، وهو قول أحمد، وإسحاق، والماجشون؛ لأنه أدرك جزءًا من الوقت ولا يمكن فعل ذلك الجزء من الصوم إلا بصوم يوم، فوجب أن يقضيه بيوم، كما نقول في المحرم إذا وجب عليه في كفارة نصف مد، وأراد الصوم.. فإنه يصوم عنه يومًا
وإن أفاق المجنون في أثناء نهار صوم رمضان.. لم يجب عليه إمساك بقية النهار، وهل يلزمه قضاء هذا اليوم؟ فيه وجهان، كالوجهين اللذين ذكرناهما في الكافر.
والمنصوص: (أنه لا يلزمه) .
وقال أبو حنيفة، والثوري: (يلزمه قضاء ما فاته من الشهر) .
قال أبو العباس: وقد حكى المزني هذا في المأثور عن الشافعي - رَحِمَهُ اللَّهُ -، ولا
يصح عنه، وهو يدل أن الحكاية التي حُكيت عن أبي العباس إذا أفاق بعد شهر.. أنه يلزمه قضاؤه، لا تصح عنه.
ودليلنا: قوله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «رفع القلم عن ثلاثة، عن الصبي حتى يبلغ، وعن النائم حتى يستيقظ، وعن المجنون حتى يفيق» .
ولأن الجنون لو دام جميع الشهر.. يسقط قضاؤه، فكذلك إذا دام في بعضه.
وإن بلغ الصبي في أثناء شهر رمضان ... نظرت:
فإن بلغ بالليل.. لزمه صوم ما بقي منه، وإن بلغ في أثناء النهار، وكان مفطرًا أول النهار.. لم يلزمه إمساك ما بقي من النهار، ولكن يستحب له، وهل يجب عليه قضاؤه؟ فيه وجهان، كالوجهين في الكافر والمجنون. هذا نقل أصحابنا البغداديين. وأما المسعودي [في " الإبانة "ق\ 160] : فقال: إذا أسلم الكافر، أو أفاق المجنون، أو بلغ الصبي في أثناء نهار شهر رمضان، وكان مفطرًا.. فهل يلزمهم إمساك بقية النهار؟ فيه أربعة أوجه:
أحدها: لا يلزمهم ذلك؛ لأن من لم يلزمه الصوم في أول النهار.. لم يلزمه في آخره، كالحائض إذا طهرت، والمسافر إذا قدم وقد أكل.
والثاني: يلزمهم إمساك بقية النهار؛ لأنهم صاروا مخاطبين في بعض النهار، فجعل كأنهم خوطبوا في أوله، فيلزمهم التشبه بالصائمين وإن لم يصح صومهم؛ لأنهم لم ينووا الصوم.
والثالث: يلزم الكافر دون المجنون والصبي؛ لأن الكافر غير معذور في كفره، وهما معذوران في إفطارهما.
والرابع: يلزم الكافر والصبي دون المجنون؛ لأن الصبي والكافر كان يصح صومهما إذا أتيا بشرائطه، دون المجنون؛ فلما لم يفعلا في أوله.. لزمهما التشبه بالصائمين في آخره.
وهل يلزمهم قضاء هذا اليوم؟ على هذه الأربعة الأوجه.
وإن بلغ الصبي في أثناء نهار شهر رمضان وهو صائم.. ففيه وجهان:
أحدهما - وهو المنصوص -: (أنه يلزمه الإتمام، ولا يجب عليه القضاء) ؛ لأنه صار من أهل الوجوب في أثنائه، فلزمه إتمامه، كما لو دخل في صوم تطوع، ثم نذر إتمامه.
والثاني: يستحب له الإتمام، ويجب عليه القضاء؛ لأنه لم ينو صوم الفرض من أوله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan