Hell Yeah Pointer 4

Ahad, 26 April 2020

Sebab ketiga :Bertakwa (30 sebab untuk layak ke syurga dengan izin Allah)

Tazkirah Ramadhan

30 sebab untuk layak ke syurga dengan izin Allah

Sebab ketiga :Bertakwa

Takwa ialah kamu takut kepada Allah Ta’ala dengan beramal segala apa yang diturunkan (al-Quran & Sunah), bersyukur dengan yang sedikit dari kurniaan Allah, serta bersedia untuk hari dikembalikan kepada Allah. 

Allah berfirman:

" إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ " 

maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya..”  (Surah al-Hijr:45)

Nabi S.A.W bersabda:

" أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ  وَأَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَارَ الفَمُّ وَالْفَرْجُ" 

maksudnya: “Perkara yang banyak memasukkan manusia ke dalam syurga ialah bertaqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan perkara yang banyak memasukkan manusia ke dalam neraka ialah dosa mulut dan kemaluan.” (riwayat al-Tirmizi dan ibnu Majah)

 Orang yang bertaqwa ialah mereka yang melakukan amalan ketaatan kepada Allah dengan petunjuk daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W, dengan mengharapkan balasan daripada daripada Allah Ta’ala, serta meninggalkan segala kemaksiatan terhadap Allah kerana takut terhadap azab siksanya.

“Ulama Memimpin Penyelesaian Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”

Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu
3 Ramadhan 1441h.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan