Hell Yeah Pointer 4

Isnin, 13 April 2020

HUKUM SOLAT PAKAI WANGIAN BERALKOHOL - UAI


SOALAN :

Saya ingin kepastian pasal hukum orang yang sembahyang memakai perfume yang bercampur alkohol sah atau tidak?

JAWAPAN :

Para ulamak berbeda pendapat tentang alkohol yang digunakan didalam wangian.

Setengah ulamak mengatakan hukumnya adalah najis dan tidak bolih dipakai ketika solat.

Dan setengah pendapat mengatakan najis tetapi dimaafkannya  kerana kuantitinya yang sedikit.

Dan setengah pendapat mengatakan ia adalah suci kerana berbeda dari alkohol yang terdapat dalam arak.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahibil Arba’ah :

ومنها المائعات النجسة التي تضاف الى الادوية والروائح العطرية لاصلاحها فانه يعفى عن القدر الذي به الاصلاح

Artinya : “Dan setengah daripadanya segala cecair yang najis yang dicampurkan kepada ubat-ubat dan pewangi-pewangi untuk mengelokkannya maka sungguhnya dimaafkan daripada kadar yang digunakan untuk membaikkannya.”

Kesimpulannya solat orang yang memakai wangian yang mengandungi alkohol adalah sah menurut pendapat yang mengatakan alkohol itu tidak najis atau alkohol itu najis yang dimaafkan kerana sedikitnya.

Akan tetapi jika tidak memakainya di dalam solat maka ialah jalan yang paling cermat supaya keluar ia dari perselisihan ulamak dan solat ia dalam keadaan tidak meragukan.

Sabda Rasulullah saw :

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Artinya : “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.” (Hadith Tirmizi)

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan