Hell Yeah Pointer 4

Selasa, 17 Mac 2020

TERUSKAN BERDOA MEMOHON KEPADA ALLAH SWT


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“(Aku berlindung) dengan Nama Allah yang bersama nama-Nya tidak ada sesuatu di bumi dan di langit yang boleh membahayakan. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Yang Mengetahui.”


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
”Ya Allah sesunguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila dan penyakit kusta serta dari seburuk-buruknya penyakit”.


اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُك َ وَنَسْتَهْدِيْكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ. وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ كُلَّهُ، نَشْكُرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقٌ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلَامَ والمُسْلِمِيْنَ، وَأَذِلَّ المُعْتَدِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنَ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ.
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu, dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang derhaka kepada Mu.
Ya Allah, kepada Engkaulah yang kami sembah dan kepada engkaulah kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharapkan Rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, Ya Allah”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan