1. الشريعة لتأمين مصالح الانسان
“Syariat adalah untuk kemaslahatan manusia”
2. المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة
“Kemaslahatan umum perlu didahulukan berbanding dgn kepentingan khusus”
Contoh: Kesihatan org ramai lebih diutamakan berbanding keuntungan peniaga atau pekerja.
3. لا ضرر ولا ضرار
“Tidak boleh memudharatkan diri dan org lain”
Contoh: Wajib mengawal diri dari terkena wabak covid19 dan juga dari merebak kpd org lain.
4. الضرر يدفع بقدر الامكان
“Kemudharatan perlu dibendung semampu mungkin”
Contoh: Tindakan pihak berwajib melarang kita bebas bergerak bg mengelak wabak merebak.
5. إذا تعارضت مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما
"Apabila tidak dapat dielak dari dua kemudharatan, hendaklah dikira yg mana lebih besar dan terpaksa menanggung yg lebih ringan”
Contoh: Terpaksa sbhgian peniaga menanggung kerugian demi menjaga dari wabak yg berbahaya.
6. درء المفاسد أولى من جلب المصالح
“Menolak kerosakan lebih utama dari mendapatkan kepentingan”
Contoh: Mengawal wabak lebih utama dari mendaptkan pahala solat berjemaah
7. الضرر الاشد يزال بالضرر الاخف
“Mudarat yg besar dihilangkan dgn menanggung mudarat yg kecil”
Contoh: Tindakan kuarantin kpd suspek covid19 sebagai langkah pencegahan awal
8. الضرورات تقدر بقدرها
“Dharurat dibenarkan mengikut kadar yg perlu shja”
Contoh: Dalam tempoh larangan ini, kita hanya boleh keluar rumah utk keperluan shja.
9. الواجب لا يترك الا لواجب
“Perkara yg wajib tidak boleh ditinggalkan melainkan jika ada perkara yg (lebih) wajib”.
Contoh: Solat jumaat tidak boleh ditinggalkan melainkan untuk menjaga kewajipan yg lain spt memelihara wabak covid 19 yg mengancam nyawa dari merebak.
10. الفرض أفضل من النفل
"Perkara wajib lebih utama dari sunnat”
Contoh: Menjaga kesihatan dari wabak lebih utama dari solat berjemaah di masjid.
11. تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
“Tindakan pemimpin terhadap rakyat berpandukan maslahah”
Contoh: Tindakan kerajaan membuat sekatan dari bebas keluar adalah bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.
12. حكم الحاكم يرفع الخلاف
"Keputusan pemerintah mengangkat perselisihan (dlm perkara khilaf)”
Contoh: wajib mentaati keputusan pemerintah dlm perkara khilaf, apatah lagi dlm perkara yg hampir disepakati oleh para ulama’
RUJUKAN:
1. Al asybah wa al nazhoir, al suyuthi
2. Al qawaid al fiqhiyyah, ali ahmad al nadwi
3. Mausuah al qawaid al fiqhiyyah, muhammad sidqi alburnu
4. Al qawaid al fiqhiyyah, syaikhuna dr muhammad al zuhaili
(Ust Khairul Azmi Ismail)
Bekas pelajar kuliah syariah syria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan