PENGERTIAN USRAH
Epistimologi perkataan usrah berasal
dari kalimah Arab ( الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga
menyatakan usrah ialah perkumpulan yang kegiatan agama seperti perbincangan
tentang sesuatu tajuk dan sebagainya (Kamus Dewan 2005:1783).
Manakala di dalam kamus al-Munjid fi
al-Lughatu wa al-A’lam,( الأسرة ) adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu perkumpulan yang mempunyai
hubungan yang kukuh. Manakala dari sudut istilah sebagaimana pandangan tokoh
gerakan Islam Al-Syahid Hassan al-Banna (1906-1949), melihat usrah sebagai satu
kelompok kecil manusia yang beriman dengan Islam, yang berusaha tolong-menolong
sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam, mempertingkatkan ilmu dan
amal dengan menghindari maksiat dan permusuhan.
Usrah disusun bermatlamat menghampirkan diri kepada Allah,
merapatkan ukhuwwah Islamiyah, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia
dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan fahaman terhadap Islam, memberi
galakan serta bimbingan dalam ibadah kepada ahli usrah, meledakkan potensi diri
yang sebenar,merawat unsur negatif diri, menanam rasa bangga terhadap
Islam,melaksanakan intima’ dan wala’ kepada organisasi, mengkaji dan merawat
halangan individu beramal, mendalami ilmu fiqh dakwah serta meningkatkan
penguasaan organisasi luar dan dalam. Prinsip-prinsipnya adalah berdasarkan
kepada al-Quran dan al-Hadith dan yang digariskan oleh ulama melalui ijmak dan
qias (Ahmad Munawar et. al, 2005; Arifin, 2012) .
Melalui pentakrifan usrah di atas dapat disimpulkan bahawa
usrah adalah sekumpulan ahli yang terdiri daripada kuantiti yang kecil sekitar
3-10 orang berkumpul (smart circle) bertujuan membina keperibadian muslim yang
seimbang duniawi dan ukhrawi dengan dipimpin oleh seorang ketua atau naqib.
Matlamat ini sejajar dengan firman Allah SWT :
(وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ)
Maksudnya: Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat
azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). Surah Al-Maa‟idah 5:2
Manifestasi semangat usrah ini perlu dibawa dan diletakkan ke
‘center stage’ semula atau menjadi awlawiyat sebagai wadahpendidikan Islam. Pelbagai pelan pemerkasaan usrah perlu dilaksanakan di semua
peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, institusi
pengajian tinggi awam mahupun institusi pengajian tinggi swasta merangkumi
usaha dengan menghidupkan usrah-usrah unit yang telah lama „mati‟, meneroka
peluang usrah- usrah baru, mengkreatifkan pendekatan usrah dan mendalami akan
keberkesanan silibus usrah (Syed Mikael, 2005).
RINGKASAN SEJARAH PERKEMBANGAN USRAH
Pada zaman Rasulullah SAW tidak wujud istilah usrah namun
sejarah bermula sebelum kedatangan Islam ke negara Arab.Orang-orang Arab
Jahiliyyah hidup dalam keadaan yang penuh dalam kegelapan.Mereka mengamalkan
kepercayaan syirik dan penyembahan tuhan-tuhan palsu.Orang-orang kaya
mengamalkan sikap menindas golongan miskin.Mereka telah lupa ajaran yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.Begitu juga dengan ajaran Nabi Musa AS
dan Nabi Isa AS. Mereka telah mencampur-adukkan ajaran Allah SWT dan Rasul
dengan ajaran yang lain.
Setelah Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Rasulullah,
baginda telah menjalankan dakwah secara berperingkat-peringkat iaitu secara
sembunyi-sembunyi (dikhususkan kepada kaum keluarga dan sahabat yang terdekat)
dan secara terang-terangan (dakwah kepada masyarakat).
Pendekatan ini mula dikenali sebagai „usrah‟ oleh pendokong
mujaddid gerakan Islam Ikhwanul Muslimin al-Syahid Hasan al-Banna kerana
melihat kepada pendekatan dakwah Rasulullah SAW.dengan mengumpulkan kelompok
yang kecil yang bermula dari keluarga terdekat dan seterusnya kepada masyarakat
sejagat.
Pembentukan usrah yang pertamadilakukan di Darul al-Arqam
iaitu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam, Rasulullah SAWmengajar mereka yang
hadir setiap ayat al-Quran yang baru diturunkan. Kemudian dihafal serta diberi
huraian yang jelasbertujuan memberi kefahaman yang tepat kepada para sahabat
tentang maksud sesuatu ayat yang diturunkan.Pendekatan ini dilakukan Baginda
SAW bagi memudahkan para sahabat dan umat Islam mempraktikkan saranan al-Quran
dalam ibadat dan kehidupan seharian.
Di dalam dakwah Rasulullah SAW., baginda mengibarkan
panji-panji risalah tauhid, untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi
mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.Baginda menekankan di dalam diri
umat Islam roh ubudiyyah bagi menjadikan umatnya hidup untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT.Baginda menanamkan roh optimis yang menjadikan umatnya tidak
putus asa dalam melaksanakan tugas-tugasnya demi menegakkan kalimah Allah
Ta‟ala.
Selain itu juga di dalam dakwah, baginda menamakan roh jiwa
bertanggungjawab terhadap apa yang telah dipertanggungjawabkan, sanggup menerima
risiko dalam perjuangan dan tidak mudah putus asa dalam menyebarkan dakwah
Allah Ta‟ala.
Baginda menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti
ikhlas, baik hati, amanah bertanggungjawab, bersikap benar, berani dan
sebagainya dalam diri para sahabat. Antara dalil yang menunjukkan kepentingan
kedudukan akhlak yang tinggi, firman Allah Ta‟ala:
(وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٖ ۞ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ)
Maksudnya : Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh
pahala-pahala yang amat besar yang tidak putus- putus, (sebagai balasan bagi
menjalankan ajaran Islam).Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak
sangat-sangat mulia. Surah al-Qalam 68:3-4
Dalam pentarbiyahannya, baginda melaksanakan program-program
akhlak yang berterusan melalui contoh-contoh sifat mulia nabi-nabi terdahulu
yang diceritakan di dalam al-Quran dan melalui qudwah hasanah baginda sendiri.
Rasulullah SAW. merupakan contoh utama dan ikutan yang baik bagi semua umat
Islam.
Pada keseluruhannya, pentarbiyahan secara kelompok atau
berkumpulan yang dilaksanakan oleh Rasulullah sangat berkesan dalam penyampaian
ilmu. Selepas kewafatan baginda, para sahabat meneruskan perjuangan dakwah sama
seperti apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. dengan mengumpulkan
umat dalam kelompok yang kecil dan seterusnya kepada kelompok yang besar (Anon,
2001).
RUKUN USRAH
1. At-ta’aruf (Berkenalan): Ahli dalam kumpulan usrah
hendaklah menganggap semua ahli sebagai saudara kandung sendiri dan berusaha
menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada hubungan
yang keruh seperti bertengkar, bergaduh, bermasam muka dan membenci. Allah
berfirman yang bermaksud: “ sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”
2. At-tafahum(Bersefahaman): Rukun kedua ini menuntut
persefahaman dalam kalangan ahli usrah.Menerima nasihat dengan hati yang
terbuka tanpa sebarang prasangka, berlapang dada dengan perbezaan pendapat
serta menerima kelebihan dan kelemahan seseorang adalah ciri persefahaman yang
perlu ada dalam setiapa ahli.Nabi Muhammad bersabda yang memberi maksud: “
agama itulah adalah nasihat”.
3. At-takaful (Bantu Membantu): Setiap ahli usrah perlu
mengamalkan sikap tolong-menolong sesama ahli.Mereka tidak membiarkan ahli
dalam kumpulan mengharungi kesusahan seorang diri.Mereka perlu bersama-sama memikul
beban yang ditanggung oleh ahli dalam kumpulan.Ia bertepatan dengan Firman
Allah dalam Surah al-Maidah: 2, yang mafhumnya: “…dan bertolong- menolonglah
kamu di atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong menolong di atas
dosa dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
keras seksaannya”.
Adab-adab Usrah
Bagi memelihara kelancaran usrah dan mencapai segala maksudnya,
setiap ahli perlu mematuhi adab-adab usrah seperti berikut:
1. Ikhlaskan niat
2. Hadir tepat pada waktu yang ditetapkan
3. Memberikan tumpuan semasa usrah
4. Melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik
5. Berkongsi ilmu dan kefahaman
6. Mendengar dan menghormati pandangan ahli lain dengan sikap
lapang dada
7. Memberikan pandangan dengan sopan dan tawaduk
8. Bertanya khabar sahabat seusrah
9. Mencatit segala maklumat dan ilmu
10. Memohon keuzuran sekiranya tidak dapat hadir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan