BENARKAH SYARIKAT ITU SHARIAH COMPLIANCE?
Oleh: Zaharudin Muhammad.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2981722251858190&id=312456128784829
Banyak syarikat dan businesman yang mengaku syarikat mereka adalah shariah compliance (patuh shariah). Masalah yang berbangkit ialah:
1. Siapa yang memberikan penarafan kepadanya bahawa ia patuh shariah?
2. Mereka mendakwa bahawa mereka ada ustaz tetapi:
a. Ustaz tersebut TOR nya hanya baca doa sahaja dan enggage untuk guide pelanggan baca doa.
b. Ustaz tersebut jadi penasihat Shariah tetapi hanya jadi tempat rujuk CEO sahaja; tiada kuasa audit, serbu, dan "cekau" operasi. Apatah lagi penasihat itu pula tiada langsung background bisnes yang dinasihatinya.
3. Kepentingan patuh shariah hanya terletak kepada tuan punya syarikat justeru yakin dosa pahala akhirat. Tetapi jika tuan punya bukan Islam, atau shareholder bulan Islam, maka patuh shariah itu hanya dilihat sebagai "bahan kempen", bukan benar2 mencari halal.
Shariah compliance itu perlu dilihat daripada akar sampai pucuk. Bermula daripada:
1. sumber kewangan seperti adalah pembinaan bisnes bermula dengan pinjaman Islamik atau tidak?
2. Pengurusan kewangan syarikat seperti FD dan lain2.
3. Semua kontrak operasi, ianya berbeza berdasarkan jenis bisnes seperti
a. isu darurat aurat, bahan haram dalam ubatan dalam bisnes hospital dan perubatan dan lain2.
b. Isu kontrak dengan pelabur jika syarikat yang dibina berasaskan kutipan modal, operasi kewangan, janji dengam pelanggam dan lain2.
c. Isu bahan kempen, hidden cost of consumers dalam bisnes telekomunikasi dan lain2.
4. Bayar zakat pada hasil perolehannya.
5. Dan lain2.
Jika bisnes kewangan, Bank Islam atau Shariah compliance dipantau oleh pihak berkuasa di bawah akta IFSA dan seumpamanya. Ada penasihat shariah yang berkuasa besar boleh cek, sergah operasi dan seumpanya. Jika tak shariah compliance atau pandai2 declare bank islam, maka boleh diambil tindakan tegas.
Saya sendiri sangat banyak kali dienggage oleh syarikat kecil untuk jadi penasihat shariah dengan elaun yang lumayan. Kalau dapat 5 penasohat sahaja, income dah lebih besar daripada elaun exco negeri. Tapi bila setakat penasihat tapi tak diberi authority, saya terpaksa tolak sebab waktu tu saya rasa mcm dirubber stamp sahaja, endorse mana yang CEO dia bentang sahaja. Of corse dia akan bentang benda bagus2.
Saya pernah juga beberapa kali dienggage oleh company yang claim dia shariah compliance, tapi bila saya halusi saya confirm itu pak man telo punya bisnes. Akhirnya syarikat tu kena sita di Bank Negara.
Setakat ini antara yang saya confident shariah compliance walau tanpa penasihat shariah dan tanpa Halal Jakim ialah pakcik jual ayam sembelih depan mata kat kampung Kubu Gajah, Mak Endah yang jual goreng Pisang kat jalan masuk kat Paya Jaras dan perniagaan seumpamanya di seluruh Malaysia.
Dengan bahasa lebih mudah, saya yakini semua syarikat yang CEO2 nya (tuan2 nya) adalah muslim ke Masjid Surau atau bertudung dan bisnes itu memang dia punya. Cuma syarikat besar pengurus paling berkuasa orang panggil CEO, ED dan seumpanya. Manakala bisnes kecil orang pangil tuan penjual. Statusnya sama sahaja dari segi orang paling berkuasa memastikan halal haram dalam sesuatu bisnes.
#smarti
#prepaid
#BMF
#patuhshariah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan